Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat pelayaran, Jamiyah meterai MOU cuti bagi penerima bantuan

Mar 18, 2021 | 5:30 AM
BEKERJASAMA: Presiden Dream Cruises, Encik Michael Goh (kiri), dan presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, menandatangani MOU antara syarikat pelayaran pesiaran itu dan Jamiyah semalam. Dream Cruises turut melancarkan pelayaran cuti inap bertemakan Hari Raya. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID
BEKERJASAMA: Presiden Dream Cruises, Encik Michael Goh (kiri), dan presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, menandatangani MOU antara syarikat pelayaran pesiaran itu dan Jamiyah semalam. Dream Cruises turut melancarkan pelayaran cuti inap bertemakan Hari Raya. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -

SEBAGAI sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, syarikat pelayaran pesiaran Dream Cruises menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Jamiyah Singapura semalam.

Di bawah kerjasama itu, 10 keluarga penerima bantuan Jamiyah dan dua sukarelawan badan itu berpeluang menikmati percutian pelayaran pesiaran di atas kapal World Dream syarikat tersebut.

Di upacara memeterai MOU itu di atas kapal World Dream di Pusat Pelayran Pesiaran Marina Bay, Presiden Dream Cruises, Encik Michael Goh, memberitahu Berita Harian syarikat itu memilih bekerjasama dengan Jamiyah kerana aktiviti kebajikan yang dijalankannya.

"Kami juga mahu memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan menikmati pengalaman di atas kapal pelayaran," katanya.

MOU itu dimeterai sempena pelancaran dua pelayaran cuti inap 'Super Seacation' Dream Cruises yang bertemakan Hari Raya.

Pelayaran cuti inap itu akan diadakan pada 16 dan 23 Mei, dengan pelbagai kegiatan menarik bagi penumpang di atas kapal World Dream.

Juadah Hari Raya juga akan disajikan kepada penumpang, dengan cef selebriti dijemput untuk berkongsi resipi mereka, selain demonstrasi memasak.

Tetamu Muslim juga berpeluang melalui pengalaman berpuasa di atas kapal itu pada Ramadan, dari 13 April hingga 12 Mei.

Mereka akan disajikan makanan untuk sahur di restoran The Lido.

Selain itu, mereka boleh solat tarawih di atas kapal berjemaah dan mengikuti ceramah agama oleh imam-imam yang diundang.

World Dream merupakan kapal pertama di rantau Asia Pasifik yang menerima pensijilan piawaian halal Institut Piawaian dan Metrologi bagi Negara Islam (SMIIC), yang diberikan oleh Pembangunan Halal Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWHD).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg