FIRMA rantai bekalan Perancis, Bollore Logistics, telah membuka kemudahan berautomasi penuh bernilai $100 juta di Jurong, yang dijangka memperkukuh kedudukan Singapura sebagai hab logistik global.

Dipanggil Blue Hub, ia direka untuk memperbaiki kecekapan operasi dalam menguruskan barangan daripada simpanan dan tempahan kepada pengedaran, khususnya bagi perniagaan dalam sektor kosmetik dan minyak wangi.