Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat S'pura bakal jual motosikal elektrik di Indonesia

Dec 3, 2021 | 5:30 AM
GUNA KUASA ELEKTRIK: Kenderaan dua roda EV ION Mobius menggunakan kuasa elektrik dan sebagai permulaan, terdapat rancangan untuk dihasilkan dan dijual di Indonesia tahun depan. - Foto ION MOBILITY
GUNA KUASA ELEKTRIK: Kenderaan dua roda EV ION Mobius menggunakan kuasa elektrik dan sebagai permulaan, terdapat rancangan untuk dihasilkan dan dijual di Indonesia tahun depan. - Foto ION MOBILITY -

ION Mobility, syarikat pemula motosikal elektrik bijak dan huraian penyimpanan tenaga berpangkalan di Singapura, semalam memperkenal kenderaan dua roda EV (berkuasa bateri) pertamanya, dinamakan ION Mobius.

Sebagai permulaan, terdapat rancangan membawa operasi penghasilan dan penjualan motosikal berkuasa bateri itu di Indonesia pada tahun depan.

Motosikal dengan reka bentuk terkini dan kejuruteraan canggih itu adalah hasil usaha selama 18 bulan, daripada pasukan pereka, jurutera dan teknologi berdedikasi di tiga negara untuk menyediakan huraian bandar mampan, walaupun dalam cabaran Covid-19 sekarang.

Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, merupakan tetamu kehormat pada acara pelancaran itu di JTC LaunchPad @ One-North semalam.

Pelancaran itu diikuti dengan demonstrasi secara langsung dan lawatan ke tempat pemasangan kenderaan dan pek bateri.

Dalam satu kenyataan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ION Mobility, Encik James Chan, berkata:

"Adalah visi pasukan kami untuk menghasilkan motosikal elektrik berdaya maju sebagai alternatif kepada motosikal berkuasa petrol yang ada di mana-mana.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat peralihan yang dipercepat ke arah amalan mampan dan penjajaran semula industri peringkat negara untuk lebih menjauhi petrol dan ke arah elektrik di rantau ini."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg