IDEMIA, sebuah syarikat terkemuka dalam bidang identiti terimbuh (augmented identity), melancarkan ibu pejabat Asia Pasifik (Apac) dan pusat inovasinya di Singapura semalam.

Langkah itu menekankan komitmen IDEMIA kepada rantau ini di samping memperkukuh visi mereka untuk memastikan keselamatan identiti dengan mudah dalam era transformasi digital ini.