Topic followed successfully
Go to BHkuSyawal dah tinggalkan kita; masyarakat terus utuh sesuaikan diri norma baru
Syawal dah tinggalkan kita; masyarakat terus utuh sesuaikan diri norma baru
Syawal dah tinggalkan kita; masyarakat terus utuh sesuaikan diri norma baru
WALAUPUN Syawal berakhir semalam dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak semeriah yang diharapkan akibat sekatan Covid-19, masyarakat Melayu/Islam masih mampu menunjukkan semangat tidak mudah luntur.
Bahkan, sepanjang 'ujian' ini, masyarakat Melayu/Islam dan masyarakat lebih luas secara amnya tetap teguh bersama, menyesuaikan diri dengan norma baru.
Perniagaan setempat, termasuk dalam sektor makanan dan minuman (F&B) seperti restoran, juga cekal membuat penyesuaian agar dapat menakat, bukan sahaja untuk tempoh sukar ini.
Bagi keluarga pula, sekatan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) telah memaksa ramai untuk duduk di rumah sewaktu musim cuti sekolah ini.
Antara mereka adalah Cik Zubaidah Isa, yang meluangkan masa lapang bersama suami dan dua anaknya dengan melakukan kegiatan permainan papan dan mengulang kaji pelajaran.
Disebabkan sekatan yang dikuatkuasakan, mereka juga menyambut Hari Raya dengan penuh kesederhanaan.
Perkara yang sama juga dilalui Cik Diana Mazlan sekeluarga. Disebabkan keluarga mereka mempunyai enam orang - termasuk empat anak - Cik Diana hanya duduk di rumah, sebaliknya ibu bapanya yang mengunjungi beliau.
Mereka juga memanfaatkan wadah Zoom untuk 'bertemu' ahli keluarga lain (gambar atas).
LAPORAN LANJUT: Cabaran bagi niaga terus 'bertakat' dalam norma baru Covid-19

