Syawal Muhibah BH bersama Wisma Geylang Serai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syawal Muhibah BH bersama Wisma Geylang Serai

Jun 30, 2018 | 5:30 AM

Syawal Muhibah BH bersama Wisma Geylang Serai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
- Foto BH oleh Khalid Baba
- Foto BH oleh Khalid Baba -

WARTAWAN dan kakitangan Berita Harian semalam berpeluang menyambut lebaran bersama para pemimpin masyarakat, asatizah dan belia dalam acara Syawal Muhibah di Wisma Geylang Serai.

Acara anjuran bersama Berita Harian dengan Wisma Geylang Serai itu dihadiri sekitar 300 tamu.

Hadir menyerikan majlis ialah tetamu terhormat, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K Shanmugam (gambar, berjalan tiga dari kanan) .

Turut hadir ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman (gambar, berjalan paling kanan) dan Anggota Parlimen GRC Marine Parade Profesor Madya Fatimah Lateef (gambar, berjalan dua dari kiri).

Editor Berita Harian/Berita Minggu, Encik Saat A Rahman (gambar, berjalan dua dari kanan) dalam ucapannya berkata majlis Syawal Muhibah itu merupakan peluang menjalin hubungan yang lebih kukuh, memperbaharui ikatan dan mencipta persahabatan baru.

Dr Maliki dalam ucapannya pula berkata: "Kerjasama Wisma Geylang Serai dengan Berita Harian penting bagi mengerat dan membina hubungan masyarakat.

"Ini kerana Berita Harian memberi wadah kepada masyarakat Melayu untuk menyuarakan pandangan mereka tentang isu-isu yang mereka prihatin."

Selain menikmati jamuan dan kuih muih Hari Raya, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan tarian, nyanyian dan acara kuiz.

Para hadirin juga berpeluang berkongsi pandangan dalam sesi perbincangan bersama Encik Shanmugam, Dr Maliki dan Encik Saat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg