PENGERUSI Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim, berkata beliau percaya beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai Anggota Parlimen untuk meluahkan keprihatinan penduduk tentang kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Tambahnya, beliau juga tidak menuduh pemerintah bersikap tidak jujur.
Semasa di Parlimen hari ini (8 Mac), Cik Lim berkata beliau tidak menerima bahawa kesangsiannya tentang tempoh bagi kenaikan GST itu tidak berasas.
Memberi responsnya, Ketua Dewan, Cik Grace Fu, berkata beliau kecewa Cik Lim gagal meminta maaf kerana "membuat dakwaan palsu".
Sekiranya Cik Lim mengulangi perbuatan itu, Cik Fu berkata beliau akan merujuk hal itu kepada Jawatankuasa Hak Istimewa.
Sementara itu, Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, pula berkata Belanjawan merupakan hal yang serius dan perinciannya dirahsiakan kerana kesannya pada pasaran.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg