Pekerja Sosial Kanan PPIS, Cik Siti Khadeejah Muabdu, berkongsi panduan yang boleh diamalkan ibu bapa dengan menggunakan akronim T.I.P.S:

– Tahu: Ibu bapa perlu ada sikap ingin tahu tentang kegiatan anak.

– Interaksi: Ibu bapa perlu meneliti corak interaksi anak bersama orang sekeliling dan ibu bapa; lihat sama ada sebarang perubahan ketara atau kelainan mendadak.

– Peka: Ibu bapa perlu peka tentang perubahan, keadaan dan kegiatan anak.

– Selamat: Ibu bapa perlu mewujudkan rasa selamat di rumah untuk anak berkongsi isi hati tanpa rasa takut diperkecilkan.