Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

TAA agih $1.35j kepada 3,000 golongan susah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)

TAA agih $1.35j kepada 3,000 golongan susah

Apr 05, 2024 | 05:30 AM



Selama 32 tahun ini, matlamat Tabung Amal Aidil Fitri (TAA) tidak berubah iaitu membantu golongan yang memerlukan semasa mereka menjalankan ibadah pada bulan Ramadan serta menyambut Syawal.

Dengan itu, pada 27 Mac, TAA telah mengagihkan sejumlah $1.35 juta untuk membantu lebih 3,000 golongan susah melalui pemindahan bank ke dalam akaun penerima yang layak.

Pada 2024, setiap pemohon yang berjaya, menerima $450, berbanding $400 pada 2023.

SUMBANGAN
DARI KAWASAN UNDI

TAA telah menerima kunjungan 50 anggota Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan sukarelawan dari kawasan undi Yuhua yang dipimpin oleh Penasihatnya, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, di Wisma Geylang Serai (WGS).

Kunjungan itu bertujuan menghulurkan derma secara beramai-ramai ke dalam tabung TAA.

Dalam ucapannya, Cik Fu menyentuh tentang kehidupan masyarakat majmuk yang diamalkan di negara ini, dengan menekankan bahawa mewujudkan keharmonian kaum adalah faktor penting.

LAWATAN DERMA
ILHAM CHILD CARE

Satu lagi lawatan derma ke tempat TAA di WGS dianjurkan oleh Ilham Child Care pada 1 April. Ini merupakan acara tahunan bagi murid-muridnya.

Menurut Pengurus Besar TAA, Encik Mohd Yahya Zakaria Attia: “Saya sifatkan kunjungan murid-murid Ilham Child Care sebagai sifat ihsan yang dapat membentuk keperibadian mulia sejak awal usia mereka.”

TAA DI CELEBFEST

Pada akhir Mac pula, TAA juga sibuk giat mengumpul dana di Celebfest anjuran RoseValley.

“Selain mengumpul dana di Celebfest selama tiga hari berturut-turut, TAA juga mengambil peluang memperkenalkan usaha-usaha yang dilakukannya selama ini pada acara tersebut,” jelas Encik Mohd Yahya tentang kegiatan TAA di Celebfest sebagai badan amal yang diiktiraf ramai.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Celebfest yang telah memberikan kepercayaan kepada TAA selaku badan amal untuk mengumpul dana selama 11 tahun.

Sepanjang bulan Ramadan, pejabat TAA di Blok 2, Joo Chiat Complex, #04-1121, dibuka dari Isnin hingga Jumaat untuk menerima sumbangan zakat dan sedekah dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Pada Sabtu pula, pejabat TAA akan dibuka dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

TAA turut mengumpul dana melalui saluran digital seperti PayNow, pemindahan bank dan di platform Giving.sg

CARA MENDERMA KEPADA TAA


1. PayNow: UEN: T06CC1974E (nyatakan nombor NRIC/FIN/UEN di ruang ‘Rujukan’ bagi derma melebihi $50).

2. Pemindahan Bank ke dalam akaun semasa DBS: 0270151272.

* Bagi mendapatkan resit, e-mel gambar pengesahan derma PayNow atau pemindahan bank ke info@taa.org.sg

3. Lungsuri laman web, Giving.sg

4. Layari www.TAA.sg untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >