Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan mengagihkan $363,500 sebagai bantuan kewangan tambahan kepada 3,635 orang daripada golongan yang memerlukan pada 14 Julai.

Jumlah tersebut adalah tambahan kepada $1.45 juta bantuan kewangan yang dikeluarkan sepanjang Ramadan pada April 2023

Sebahagian besar benefisiari TAA akan menerima dana tersebut melalui debit langsung elektronik (Giro).

TAA menyatakan ia sedar bahawa golongan yang memerlukan terus menghadapi pelbagai cabaran dan berharap bantuan kewangan tambahan itu akan meringankan kesulitan mereka.

Laporan berkaitan
Dijangka bantu 3,500 benefisiariApr 23, 2021 | 9:00 AM
Permohonan TAA kini dibukaJan 23, 2022 | 10:40 AM