TAA kumpul lebih $1.3j, atasi sasaran awal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TAA kumpul lebih $1.3j, atasi sasaran awal

May 13, 2021 | 5:30 AM

TAA kumpul lebih $1.3j, atasi sasaran awal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MURAH HATI: TAA berterima kasih pada masyarakat kerana memberi sumbangan murah hati walaupun dalam ketidaktentuan ekonomi kini, bagi membantu golongan kurang bernasib baik. Ia akan mengadakan pengagihan bantuan kedua pada Julai. - Foto TAA
MURAH HATI: TAA berterima kasih pada masyarakat kerana memberi sumbangan murah hati walaupun dalam ketidaktentuan ekonomi kini, bagi membantu golongan kurang bernasib baik. Ia akan mengadakan pengagihan bantuan kedua pada Julai. - Foto TAA -

TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) telah mengumpul lebih $1.3 juta, melebihi sasaran $1.2 juta pada awal kempen TAA-Ramadan tahun ini.

Ini termasuk $130,000 yang dikumpul pagi semalam dalam program radio siaran langsung terakhir TAA di stesen Warna942 Mediacorp.

Dalam satu kenyataannya, TAA berkata jumlah itu "melampaui sebarang jangkaan" dan adalah "sumbangan tertinggi yang pernah dikumpulkan dalam satu program radio siaran langsung untuk TAA".

Dalam satu kenyataan media Isnin lalu, TAA berkata derma orang ramai hingga 9 Mei, bersamaan 27 Ramadan, berjumlah $1.1 juta.

"Kami bersyukur mendapat sokongan padu daripada masyarakat kita pada hari-hari terakhir Ramadan selepas laporan media.

"Kami benar-benar berterima kasih kepada masyarakat kita kerana memberikan sumbangan yang murah hati, walaupun dalam ketidaktentuan ekonomi sekarang, untuk membantu golongan kurang bernasib baik," kata TAA.

Awal bulan ini, TAA memberikan lebih $1.43 juta kepada 3,589 penerima bantuannya.

Jumlah itu adalah yang tertinggi diberinya dalam Ramadan dalam sejarah 29 tahun TAA.

Ia akan mengadakan pengagihan bantuan kewangan kedua bagi kumpulan benefisiari sama tahun ini, untuk membantu mereka mengharungi cabaran bertambah yang disebabkan pandemik Covid- 19.

Ini akan diadakan pada Julai, menjelang Hari Raya Aidiladha.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg