Topik diikuti
Pergi ke BHkuTabiat makan sihat perlu dipupuk sejak kecil
Jan 7, 2019 | 5:30 AM
Tabiat makan sihat perlu dipupuk sejak kecil
TABIAT memakan makanan sihat perlu dipupuk dari kecil lagi, bahkan seawal peringkat bayi.
Mengongsi panduan di sesi Jom Bual-Bual Kesihatan anjuran Berita Harian (BH) dan Lembaga Penggalakkan Kesihatan (HPB) semalam di Heartbeat@Bedok, pakar pemakanan, Cik Tan Chiao Hsia, berkata penjaga kanak-kanak, tidak kira ibu bapa mahupun atuk nenek, memainkan peranan dalam menanam sifat ingin makan makanan sihat seperti sayur-sayuran.