Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guna kaedah rak pusing pertama di Singapura

Apr 30, 2021 | 5:30 AM
KELEBIHAN PADA SYARIKAT: Rekaan sistem rak pusing akan membantu Tabriz Carpets Pte Ltd untuk mempercepatkan proses pengeluaran karpet dalam masa yang telah dirancang. - Foto TABRIZ CARPETS
KELEBIHAN PADA SYARIKAT: Rekaan sistem rak pusing akan membantu Tabriz Carpets Pte Ltd untuk mempercepatkan proses pengeluaran karpet dalam masa yang telah dirancang. - Foto TABRIZ CARPETS -

TIDAK menunggu masa yang lama untuk berdaya cipta, Tabriz Carpets Pte Ltd hadir dengan kemunculan sistem rak pusing yang jarang sekali diguna oleh syarikat-syarikat permaidani di Singapura.

Pemilik syarikat Tabriz Carpets Pte Ltd, Encik Faramarz Neamati menjelaskan:

"Jika dibandingkan dengan kebanyakan kedai permaidani atau peruncit lain, saya percaya bahawa syarikat kami ialah syarikat pertama yang menggunakan kaedah sistem rak pusing (swing rack system) di Singapura.

"Dengan kewujudan sistem rak ini, kami yakin ia akan memberi impak yang sangat berbaloi kepada syarikat."

Menurutnya berdasarkan penelitian rekaan yang lebih 'genius', ia akan mencapai objektif untuk menjimatkan masa dan tenaga pengeluaran syarikat.

Rekaan ini akan membantu Tabriz Carpets Pte Ltd untuk mempercepatkan proses pengeluaran karpet dalam masa yang telah dirancang.

"Kebanyakan peruncit permaidani akan melonggokkan mengikut ukuran dan saiz. Kadang-kadang, mereka harus melipat karpet untuk memperagakannya sebagai pameran kepada orang ramai.

"Bagaimanapun, tindakan ini menggunakan banyak ruang yang berada di sekitar kawasan pameran''.

Pada masa yang sama, syarikat memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pekerja untuk memunggah karpet secara turun dan naik.

Mereka perlu berulang-alik supaya pelanggan dapat memilih pelbagai rekaan karpet yang disediakan.

Disebabkan keterbatasan itu, pelanggan hanya mampu melihat separuh bahagian sahaja daripada sehelai karpet.

"Dengan penggunaan rak-rak ini, pelanggan boleh melihat lebih banyak produk dalam masa yang lebih singkat,'' kata Encik Faramarz.

Setakat ini, beliau telah memasukkan lapan set sistem rak pusing untuk kegunaan syarikat.

Untuk kemudahan para pelanggan, beliau menyediakan tiga set rak pusing untuk mempamerkan permaidani berukuran 7x10 kaki atau 200 x 300 cm dan lima set rak pusing untuk pameran karpet berukuran 7x5 kaki atau 225x150 cm.

Kemasukan sistem rak ini mencecah kos yang agak mahal iaitu sejumlah $25,000.

Walaupun modal besar terpaksa dikeluarkan, tetapi beliau yakin tentang manfaat yang bakal diperolehi daripada kemudahan tersebut.

"Berada di kawasan perindustrian yang luas, sistem ini sangat sesuai bagi menjalankan usaha perniagaan kami," kata Encik Faramarz.

TAWARAN ISTIMEWA

  1. Layari Facebook@ Tabriz Carpets bagi mendapatkan tawaran istimewa sempena musim Ramadan.

Harga yang disediakan jauh lebih rendah dan murah daripada peruncit lain yang menjual produk serupa.

  1. Pelanggan 'walk-in' bakal mendapat lebih banyak diskaun dan mendapat hadiah untuk jumlah pembelian tertentu.
  2. Cari maklumat perniagaan melalui google@Tabriz Carpets Pte Ltd
  3. Kunjungi Tabriz Carpets yang terletak di 9002 Tampines Street 93 #02-30 Singapura 528836.
  4. lHubungi talian 98539694 untuk maklumat lanjut mengenai karpet kegemaran anda.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg