Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.

Kali ini, mereka menjelaskan maksud ‘tacod’ dan ‘lek lu’.

Tacod

[ta-cut] adjektif

Tacod disebut tacut seperti kecut.

Apabila “tacod” digunakan, ia tidak bermakna ketakutan yang tulen. Sebaliknya, ia adalah cara untuk memberitahu orang sekeliling bahawa anda sebenarnya tidak takut.

Contohnya, “Jangan lah garang sangat, tacod...”

lek lu

[lek-lu] kata kerja

Leklu ia adalah gabungan dua perkataan - relax dan dulu.

Ia bermakna usah gopoh ataupun, chill.

Contohnya, “Ah, lek lu... banyak lagi masa”