Tada hargai pemandu dengan khidmat urutan spa
May 14, 2024 | 3:54 PM
Pengendali platform tempahan kereta sewa privet Tada menunjukkan sokongan dan penghargaan kepada pemandunya dengan menyediakan khidmat layanan spa sempena Hari Pekerja.
Khidmat urutan tersebut disediakan Pasukan Urut Bergerak (MMT) Persatuan Orang Cacat Penglihatan Singapura (SAVH) pada 2 Mei lalu di stesen Tada di Sin Ming Lane, Midview City.
“Acara ini mencerminkan komitmen kami menyokong dan menghargai kesejahteraan rakan kongsi pemandu kami, yang merupakan tulang belakang komuniti kami,” kata Encik Sean Kim, CEO Tada.
Laporan berkaitan
DPM Wong peroleh sokongan penuh gerakan pekerja, kata Setiausaha Agung NTUC, Chee MengMay 1, 2024 | 1:39 PM
Sumbangan PM Lee terhadap gerakan pekerja dihargaiApr 30, 2024 | 8:59 PM

