Premium
Tahanan ISA bekas warga SG dijel bagi kesalahan pasport
Isytihar tiada kerakyatan lain semasa mohon pasport Singapura walaupun punya kerakyatan Australia
Oct 23, 2020 | 5:30 AM
MENGAKU SALAH: Zulfikar Mohamad Shariff mengaku masuk Singapura menggunakan pasport negara ini dan merahsiakan tentang kerakyatan Australianya. - FOTO FACEBOOK -
SEORANG lelaki yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan berkaitan pengganasan dihukum penjara enam minggu kerana membuat kenyataan palsu semasa membuat permohonan pasport Singapura pada 2013.
Zulfikar Mohamad Shariff, 49 tahun, yang sebelum ini mempunyai kerakyatan Singapura dan Australia, mengaku bersalah di Mahkamah Negara semalam membuat kenyataan palsu dalam Sistem Permohonan Bagi Pasport Elektronik Dalam Talian pada 11 Disember 2013.

