Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tahap 2 Laluan Thomson-East Coast tertunda lagi 6 bulan hingga suku ketiga 2021

Dec 14, 2020 | 9:52 PM
FASA 2 LALUAN THOMSON-EAST COAST DITUNDA: Laluan MRT Thomson-East Coast sepanjang 43 kilometer memberi khidmat buat 500,000 penumpang setiap hari pada awal penubuhannya. - Foto FAIL STRAITS TIMES
FASA 2 LALUAN THOMSON-EAST COAST DITUNDA: Laluan MRT Thomson-East Coast sepanjang 43 kilometer memberi khidmat buat 500,000 penumpang setiap hari pada awal penubuhannya. - Foto FAIL STRAITS TIMES -

FASA 2 Laluan MRT Thomson-East Coast akan ditunda lagi enam bulan hingga suku ketiga 2021 bagi menyemak sofwe sistem rel yang digunakan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (14 Disember).

Selain itu, projek prasarana utama lain melibatkan rel dan jalan raya akan juga tertunda sehingga setahun selepas tugasan projek berkenaan digantung sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 awal tahun ini, tambah LTA dalam kenyataannya.

Projek yang terjejas termasuk fasa ketiga dan keempat TEL, Laluan MRT Cross Island, Laluan Daerah Jurong, fasa keenam Laluan Circle dan Koridor Utara-Selatan.

LTA juga menyifatkan tertundanya projek ini berpunca daripada faktor selain yang dicetuskan Covid-19 seperti gangguang pada rantaian bekalan sejagat bahan binaan dan masalah kurangnya tenaga manusia kerana penutupan sempadan.

Ia juga menambah semakan tempoh waktu tamatnya dan pembukaan semula projek ini masih sedang dibincangkan. LTA akan memberi maklumat terkini apabila masanya tiba.

Pengumuman LTA mengenai tertundanya fasa kedua TEL menyusuli satu kejadian awal bulan ini di mana khidmat kereta api antara stesen Woodlands North dengan Woodlands South dalam TEL terjejas selama lebih lima jam kerana kesilapan pengisyaratan.

Bersama dengan stesen Woodlands, kedua-dua stesen ini tergolong dalam fasa pertama TEL yang beroperasi sejak 31 Januari.

Operator TEL, SMRT, kemudian memberitahu kesilapan itu disebabkan masalah komponen sofwe dalam rangkaian sistem pengisyaratan. Lantaran itu, komponen tersebut perlu diatur kembali sebelum sistem ini dibetulkan semula.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg