Topik diikuti
Pergi ke BHkuTak buru-buru adakan 'Majlis' pembukaan
Premium
Tak buru-buru adakan 'Majlis' pembukaan
Tak buru-buru adakan 'Majlis' pembukaan
BUKA PERLAHAN-LAHAN: Encik Mohamad Hafiz tidak mahu terburu-buru kerana khuatir pekerjanya mungkin memerlukan masa kembali serasi dengan operasi di restoran. - Foto BH oleh DESMOND FOO -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jun 17, 2020 | 5:30 AM
PEMILIK The Malayan Council, Encik Mohamad Hafiz Salim Al-Khatib, tidak mahu terburu-buru membuka ketiga-tiga restorannya lusa, apabila Singapura memasuki fasa dua pembukaan semula ekonominya, yang termasuk membenarkan orang ramai menjamu selera di luar. Hanya restoran di Bussorah Street akan dibuka mulai lusa, manakala yang di Dunlop Street dan Winstedt Road akan dibuka mulai Isnin depan.
Ini walaupun beliau akan "rugi" pelanggan yang menyambut Hari Bapa Ahad ini dan yang ghairah mahu makan luar, setelah lebih dua bulan tidak melakukannya semasa pemutus litar jangkitan Covid-19 dan fasa kedua.
