Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tak jadi ke Jepun? Nikmati sakura di Taman di Persisiran

Mar 11, 2020 | 10:01 AM
SAKURA DI SINGAPURA: Pesta Sakura Matsuri di Taman di Persisiran akan berlangsung hingga 22 Mac.
SAKURA DI SINGAPURA: Pesta Sakura Matsuri di Taman di Persisiran akan berlangsung hingga 22 Mac. - - Foto ONG WEE JIN

WABAK koronavirus global mungkin menyekat rancangan orang ramai untuk ke Jepun bagi menyaksikan bunga sakura mekar atau cherry blossoms. Namun, orang ramai kini boleh berbuat demikian di Taman di Persisiran yang kini memaparkan pokok itu di Flower Dome, lapor The Straits Times. Penduduk Singapura boleh mengongsi pengalaman terpaksa membatalkan rancangan mereka ke Jepun di laman web Taman itu minggu ini untuk mendapatkan tiket percuma ke Sakura Matsuri, atau Pesta Sakura, yang dilancarkan pada hari Selasa (10 Mac). Sebanyak 500 tiket disediakan bagi penduduk yang merancang untuk melancong ke Jepun antara 1 Mac dan 31 Mei tetapi tidak kesampaian. Mereka perlu membuktikan pembatalan perjalanan dari syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dengan nama semua pelancong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg