Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tak melancong? Tak mengapa...cuti sekolah tetap rancak

Mar 14, 2021 | 5:30 AM
TEROKA TAMAN PERMAINAN: Haifa Daniya (paling kiri) bersama sepupu mereka Lana Eryna (tengah) dan Hanis Arianna di taman permainan di Compassvale. Bapa Haifa, Encik Haarifan ingin membawa anak-anaknya meneroka taman permainan yang berbeza di Singapura sempena cuti sekolah ini. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
TEROKA TAMAN PERMAINAN: Haifa Daniya (paling kiri) bersama sepupu mereka Lana Eryna (tengah) dan Hanis Arianna di taman permainan di Compassvale. Bapa Haifa, Encik Haarifan ingin membawa anak-anaknya meneroka taman permainan yang berbeza di Singapura sempena cuti sekolah ini. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -

CUTI sekolah bulan Mac selama seminggu telah pun bermula.

Meskipun tidak dapat melancong ke luar negara seperti yang lazim dilakukan, ibu bapa tidak menjadikan ia satu halangan untuk merancang kegiatan yang menarik bagi anak-anak mereka.

Encik Mohammad Haarifan Mohammad Nasir, 36 tahun, bapa kepada tiga orang anak berusia empat dengan lapan tahun ingin membawa anak-anak ke taman-taman permainan serata Singapura serta mengajar mereka berenang.

"Saya merancang membawa anak-anak menjelajah taman-taman permainan yang ada di Singapura. Sebenarnya banyak taman permainan yang menarik di negara kita yang boleh dicuba anak-anak,'' katanya.

Di Taman Admiralty, kanak-kanak boleh mencuba gelongsor 32 meter panjang, yang merupakan gelongsor terbuka terpanjang di negara ini.

Cik Siti Mastura Rahman merancang menggunakan baucar Teroka Semula Singapura (SRV) yang diberikan oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) untuk memberikan masa bagi dua anaknya untuk bersiar-siar di tempat-tempat daya tarikan di Singapura.

"Anak-anak saya, Ily dan Ilyas gemar bermain air di kemudahan taman permainan. Kami merancang pergi lagi ke taman permainan di Home Team serta menggunakan baucar Teroka Semula Singapura untuk menaiki cable car dan ke S.E.A Aquarium,'' katanya.

Cik Sarah Ahmadjirony akan pergi ke 'staycation' di hotel bersama suami dan dua orang anaknya berusia 12 tahun dan 10 tahun dari semalam hingga hari ini meskipun tidak dapat melancong ke luar negara.

Antara kegiatan menarik untuk anak-anak

Pameran Star Wars Identities di ArtScience Museum yang berlangsung sehingga 13 Jun dari 10 pagi hingga 7 malam (kecuali Jumaat dan Sabtu apabila ia ditutup hingga 9 malam)

Nikmati musim Sakura dengan Hello Kitty di Gardens by the Bay dibuka dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. Maklumat lanjut di www.gardensbythebay.com.sg/sakura

Tangkap Pokemon sambil menyusuri sejarah dengan berjalan di kawasan Kampong Glam, Haji Lane dan Little India (Pokemon Go Cultural Walking Tour). Maklumat boleh diperolehi di www.klook.com.

Kotak Foto membolehkan anak-anak menaiki trak 14 kaki yang telah diubah menjadi sebuah kotak kamera yang diperbuat dari pelbagai barangan seperti tin minuman dan kertas. Terletak di Taman Pasir Ris Area 2, ia diadakan hari ini dan 17-21 Mac dari 10 pagi hingga 5 petang. Maklumat boleh dipeolehi di www.3pumpkins.co/kotak-foto.

Buat DIY 'Bubble Tea' oleh Teahee SG di Bishan. Maklumat lanjut di bit.ly/2OJrwVI.

Sukan untuk kanak-kanak dari 12 bulan hingga enam tahun. Pendaftaran di www.sportshub.com.sg/tots-and-kinder-play

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg