Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Takrif kejayaan anak perlu direnung semula: Maliki

Sep 18, 2022 | 8:18 PM
DR MOHAMAD MALIKI OSMAN
DR MOHAMAD MALIKI OSMAN -

DALAM mendorong anak-anak mencapai kejayaan, ibu bapa perlu merenung dan memikirkan apakah kejayaan itu semata-mata untuk anak-anak, atau kejayaan itu bermakna mereka telah berjaya sebagai ibu bapa. "Sebagai ibu bapa, kita perlu tanya diri kita, apakah erti saya telah melakukan tanggungjawab saya, saya telah melaksanakan amanah saya seperti yang Allah swt suruh semampu saya? "Adakah ia bermakna anak saya mesti bergelar lulusan universiti atau ia bermakna anak saya gembira, melakukan apa yang dia mahu dan pulang ke rumah dengan senyuman di wajahnya?," kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) di Forum Bapa mengenai Pendidikan pada Ahad (18 Sep). Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta yang bertanya tentang takrif anak yang berjaya dan apakah ibu bapa hari ini menggunakan kejayaan anak untuk menggambarkan kejayaan mereka dalam membesarkan anak. Forum itu dianjurkan buat julung kalinya sempena Bulan Kebapaan tahun ini yang merupakan daya usaha Pusat Kebapaan (CFF) dan Bapa Sepanjang Hayat (BSH).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg