ORANG ramai yang menghadapi tekanan atau masalah disebabkan pandemik Covid-19 kini boleh menghubungi satu talian baru untuk mendapatkan bantuan.
Lebih 300 ahli psikologi, kaunselor, pekerja sosial, ahli psikiatri dan pegawai awam yang terlatih dalam memberi bantuan kecemasan psikologi akan membantu mengendali Talian Jagaan Nasional itu.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkata talian itu kini bersedia memberi sokongan.
"Jika anda memerlukan seseorang untuk berbincang mengenai isu yang merisaukan anda, seperti Covid-19, kesan kepada kehidupan peribadi dan keluarga anda, pekerjaan dan mata pencarian anda - anda tidak perlu bergelut dengan masalah itu sendiri," kata Encik Lee di Facebook pada Jumaat (10 April).
Orang ramai boleh menghubungi talian itu di 6202 6868.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg