Topic followed successfully
Go to BHkuTaman Bacaan segarkan tumpuan dalam pendidikan, kemahiran
Premium
Taman Bacaan segarkan tumpuan dalam pendidikan, kemahiran
Rancang buka pusat penjagaan pelajar, perkenal kursus antipengganasan
Jan 22, 2018 | 5:30 AM
Taman Bacaan segarkan tumpuan dalam pendidikan, kemahiran

JAWATANKUASA BARU TAMAN BACAAN: Anggota jawatankuasa pengurusan Taman Bacaan yang baru dilantik termasuk (dari kiri) Tengku Azan Shah; Encik Muhammad Taufiq Abdul Halim; Encik Abdul Halim Kader; Encik Mohamed Heikal Mohamed Yusope; Cik Tuliza Saat, dan Cik Amirah Mohd Ismail. - Foto BH oleh ALVIN HO -
Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura telah diasaskan hampir enam dekad lalu pada 1959. Baru-baru ini badan itu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya, yang melantik ramai muka baru dalam pucuk pimpinan badan tersebut. Apakah tumpuan pasukan baru itu dan hala tuju mereka dalam membawa badan tersebut ke tahap selanjutnya? Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg).
TAMAN Bacaan, sebuah pertubuhan yang diasaskan hampir enam dekad lalu, akan menyegarkan tumpuannya dalam bidang pendidikan dan latihan.
