Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taman Burung Jurong labuhkan tirai 3 Jan 2023, akan berpindah ke Mandai

Sep 1, 2022 | 5:30 AM
FASA PEMBINAAN: Taman Burung Jurong sedang menjalani kerja pembinaan pada 14 Julai 1970.
FASA PEMBINAAN: Taman Burung Jurong sedang menjalani kerja pembinaan pada 14 Julai 1970. -

HARI terakhir operasi Taman Burung Jurong ialah pada 3 Jan 2023. Tarikah penutupan itu tepat 52 tahun selepas ia dibuka pada 1971.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha memindahkan burung-burung itu ke sebuah taman burung baru yang dinamakan Bird Paradise.

Ia akan menyertai Zoo Singapura, Taman River Wonders dan Safari Malam di di Mandai, serta tarikan lain yang akan datang termasuk Taman Hutan Tropika dan resort baru yang dikendalikan oleh Banyan Tree Hotels & Resorts.

Sejak dibuka, Taman Burung Jurong merupakan taman burung terbesar di Asia.

Taman seluas 20.2 hektar itu merupakan tempat tinggal bagi 3,500 burung daripada 400 spesies, dengan 20 peratus daripadanya merupakan spesies yang terancam.

Bagi pengunjung yang mahu mengimbas nostalgia, taman itu melancarkan pelbagai kegiatan dipanggil 'A Flight To Remember' untuk meraikan legasi serta warisannya yang kaya.

Diadakan dari 3 September hingga 3 Januari, program itu termasuk jejak warisan berpandu kendiri di mana pengunjung akan dibawa menyingkap perubahan wajah taman tersebut melalui siri paparan yang menggambarkan peristiwa penting utama sepanjang sejarah taman berkenaan.

Gambar-gambar berikut menunjukkan bahagaimana Taman Burung Jurong telah menjadi tempat yang menyeronokkan untuk ramai orang pergi selama bertahun-tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg