Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taman Haiwan S'pura sambut kelahiran badak sumbu ke-24

Dec 27, 2019 | 5:02 PM
SAMBUT KELAHIRAN: Badak sumbu ini merupakan anggota keluarga terbaru Taman Haiwan Singapura selepas dilahirkan pada 19 Disember lalu.
SAMBUT KELAHIRAN: Badak sumbu ini merupakan anggota keluarga terbaru Taman Haiwan Singapura selepas dilahirkan pada 19 Disember lalu. - Foto Facebook / Wildlife Reserves Singapore

TAMAN Haiwan Singapura telah menyambut kelahiran anggota terbarunya, seekor badak sumbu putih.

Menurut laman Facebook Wildlife Reserves Singapore (WRS) hari ini (27 Disember), badak sumbu betina itu dilahirkan pada 19 Disember lalu.

Sejak itu, badak sumbu itu dan ibunya yang bernama Donsa sudah menjalin hubungan bersama satu sama lain serta dengan penjaganya, menurut WRS.

WRS turut memuat naik video yang merakam detik kelahiran badak sumbu itu serta saat ia dibersihkan penjaganya.

Ini merupakan badak sumbu putih ke-24 yang dilahirkan di Taman Haiwan Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg