Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taman permainan pertama direka dan dibina oleh penduduk di Sembawang Close

Jan 7, 2018 | 5:01 PM
OLEH MASYARAKAT, UNTUK MASYARAKAT: Taman permainan pertama di Singapura yang dibina oleh masyarakat ini dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, di estet Canberra di Sembawang hari ini (7 Januari).
OLEH MASYARAKAT, UNTUK MASYARAKAT: Taman permainan pertama di Singapura yang dibina oleh masyarakat ini dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, di estet Canberra di Sembawang hari ini (7 Januari). - Foto WONG KWAI CHOW

TAMAN permainan untuk penduduk, yang dibina sendiri oleh penduduk.

Selepas setahun setengah membuat perancangan, taman permainan pertama di Singapura yang dibina oleh masyarakat kini menjadi kenyataan.

Terletak di Sembawang Close, taman permainan itu memuatkan rumah pokok serta ciri-ciri umpama kelong yang merupakan hasil konsep, rekaan dan binaan penduduk yang menetap di estet perumahan Canberra itu.

Awal hari ini (7 Januari), penduduk memberi sentuhan terakhir pada taman permainan seluas 185 meter persegi itu dengan mengatur dan memasang kepingan terakhir pada taman permainan itu.

Mereka telah menamakan kemudahan baru itu - yang sebesar kira-kira dua flat empat bilik - Adventure Playground@Canberra.

Tidak lama lagi, penduduk di bahagian lain Singapura juga akan berpeluang memberikan sentuhan tersendiri dalam mereka bentuk taman permainan sedia ada di estet perumahan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg