Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taman Warisan Melayu pamer ilustrasi kucing, kaitkan dengan peribahasa Melayu

Mar 10, 2021 | 9:14 PM
Foto BH oleh JASON QUAH
Foto BH oleh JASON QUAH -

KUCING memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu, bukan sahaja sebagai haiwan peliharaan tetapi sebagai bahan peribahasa atau simpulan bahasa.

Misalnya, ada pepatah 'serta lalu kucing, tikus tidak berdecit' yang menggambarkan apabila orang yang ditakuti datang, maka diamlah orang yang suka berbuat bising'. Ada juga kekata 'malu-malu kucing' yang menggambarkan seseorang yang berlagak sopan.

Di atas ingatan itulah, Taman Warisan Melayu (TWM) telah bekerjasama dengan artis Jepun, Juno of mofu_sand, bagi mengetengahkan ilustrasi kucing pada lukisan kadbod. Ilustrasi pada seni pemasangan terkini Juno yang dikaitkan dengan peribahasa Melayu dan dipanggil 'Paw-verbs on the Lawn' itu menggambarkan cinta Juno pada kucing juga.

Juno mempunyai lebih 20,000 pengikut Instagram. Inilah kali pertama ilustrasi kucingnya dipamerkan di Asia Tenggara.

Sebanyak 30 ilustrasi kucing terpampang di halaman TWM dengan 10 peribahasa yang berteraskan kekata kucing turut di disisipkan sebagai gambaran bagaimana haiwan ini melambangkan tabiat manusia.

Ada kucing yang tampil malu, penuh misteri, menakutkan, berkuasa, resah, tangkas atau gemar mencari gaduh, seperti tabiat manusia juga.

Peribahasa yang digunakan pada pameran ini termasuk 'Bagai kucing lepas senja' bagi melambangkan seseorang yang sukar dicari; 'ikan gantung, kucing tunggu' yang menjelaskan tentang rasa bingit tidak memperolehi apa yang diinginkan dan 'anak kucing menjadi harimau' yang memberi keterangan tentang seseorang yang meraih kuasa yang meningkatkan kedudukannya dalam masyarakat.

'Paw-verbs on the Lawn' dibuka hingga 30 Mei 2021. Orang ramai juga boleh mengambil bahagian dalam sesi bercerita yang disisipkan dengan persembahan, bertajuk 'The Lure of the Feline' oleh pengarah dan penulis naskhah pentas, Gene Sha Rudyn. Sesi ini menyelongkar hubungan orang Melayu Nusantara dengan kucing dari masa ke masa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg