Topik diikuti
Pergi ke BHkuTambah laluan basikal mungkin dipercepatkan beberapa tahun
Tambah laluan basikal mungkin dipercepatkan beberapa tahun
Matlamat luaskan rangkaian sehingga 1,300 km
Tambah laluan basikal mungkin dipercepatkan beberapa tahun
BERBASIKAL DI ANG MO KIO: Encik Khaw (depan), Dr Lam (kiri) dan Dr Janil (tengah) berbasikal di keliling estet Ang Mo Kio, yang diiktiraf sebagai Bandar Berbasikal dan Berjalan Kaki pada 2014. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -
Dec 18, 2019 | 5:30 AM
RANCANGAN untuk memperluaskan rangkaian berbasikal mungkin dipercepatkan sedang pemerintah berusaha memperbaiki prasarana bagi mempermudahkan mobiliti aktif.
Perluasan laluan daripada 440 kilometer (km) kepada 1,300 km itu sepatutnya diselesaikan pada 2030 tetapi ia mungkin dipercepatkan beberapa tahun lebih awal.