Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

240,000 ruang solat, termasuk 10,000 di kawasan tambahan bagi solat Aidilfitri

Sebahagian masjid tawar 3 sesi solat
Apr 13, 2023 | 6:13 PM
67429be0-08cb-451c-b440-10bce1722a87
-

SEBANYAK 10,000 lagi ruang solat bakal disediakan menjadikan keseluruhan sebanyak 240,000 ruang solat sempena solat Aidilfitri akan datang.

Ini termasuk 230,000 ruang solat di di 68 masjid, serta 10,000 lagi ruang solat di 20 kawasan tambahan.

Menyatakan demikian semasa satu persidangan media pada Khamis, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata masjid-masjid tersebut akan menjalankan antara satu dengan tiga sesi solat Aidilfitri.

Hanya lima masjid yang akan memerlukan jemaah buat tempahan bagi sesi solat pertama.

Masjid-masjid tersebut adalah Darul Ghufran di Tampines Avenue 5; Masjid Al-Mawaddah di Compassvale Bow; Masjid Sallim Mattar di Mattar Rd; Masjid Wak Tanjong di Paya Lebar Road; dan Masjid Yusof Ishak di Woodlands Drive 17.

Sidang media itu dipengerusikan Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir, Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) Muis, dan Encik Khairul Anwar Mohamed Abdul Alim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg