Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tambahan pendapatan pekerja pembersihan sepanjang 6 tahun mulai 2023 di bawah model gaji progresif

Jun 7, 2021 | 3:38 PM
Foto CHINESE MEDIA GROUP
Foto CHINESE MEDIA GROUP -

GAJI asas pekerja pembersihan dalam setiap peringkat pekerjaan akan menyaksikan kenaikan gaji tahun demi tahun dari 2023 hingga 2028.

Ini dalam usaha memberi pengiktirafan kepada golongan tersebut bagi tugas penting yang dilakukan mereka, terutamanya semasa pandemik Covid-19 ini.

Kenaikan gaji asas itu merupakan antara saranan yang dikemukakan dalam laporan Kelompok Tiga Pihak bagi Pekerja Pembersihan (TCC) mengenai semakan kepada Model Gaji Progresif (PWM) bagi sektor itu yang dikeluarkan hari ini (7 Jun).

Semakan itu dijalankan demi memastikan PWM itu relevan dalam mempertingkat dan mengubah industri pembersihan.

Bagi tiga tahun pertama dari 2023 hingga 2025, penyesuaian gaji yang akan dibuat adalah lebih tinggi bagi mencerminkan keinginan lebih kukuh untuk mempertingkat gaji tenaga kerja pembersihan dan merapatkan jurang pendapatan dengan pekerja lain.

Kenaikan gaji tahunan dari 2026 hingga 2028 pula akan menyaksikan jumlah tetap tahun demi tahun untuk setiap peranan pekerjaan supaya pekerjaan di peringkat lebih rendah mendapat pertumbuhan gaji lebih tinggi dan demi mengurangkan lagi jurang pendapatan.

Misalnya, penyesuaian gaji yang pertama pada 2023 akan menyaksikan gaji asas pekerja pembersihan am naik hampir 20 peratus daripada $1,312 pada 2022 kepada $1,570.

Selain itu, TCC menyarankan agar semua perniagaan pembersihan memenuhi keperluan latihan PWM dipertingkat menjelang 31 Disember tahun depan, dan jumlah modul latihan Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) keseluruhan yang perlu diikuti pekerja ditambahkan.

Pemerintah telah menerima saranan TCC itu bagi kenaikan gaji berterusan selama enam tahun dan keperluan latihan mandatori dipertingkat yang akan memberi manfaat kepada sekitar 40,000 pekerja pembersihan tempatan yang digajikan lebih 1,500 perniagaan pembersihan di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg