Tambang bas, kereta api dijangka naik tahun depan, mungkin sehingga 4.3 peratus
Premium
Tambang bas, kereta api dijangka naik tahun depan, mungkin sehingga 4.3 peratus
Sep 4, 2018 | 5:30 AM
SEMAKAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM: Majlis Pengangkutan Awam menyatakan semakan 2018 akan turut merangkumi faktor kemampuan rangkaian, yang mengukur kemampuan bas dan kereta api telah berubah selaras dengan penggunaan sebenarnya. - Foto fail -
TAMBANG bas dan kereta api dijangka meningkat tahun depan, mungkin sehingga 4.3 peratus, berdasarkan komponen baru dalam formula semakan.
Dalam satu kenyataan semalam, Majlis Pengangkutan Awam berkata semakan 2018 itu akan merangkumi faktor kapasiti rangkaian (NCF), yang menjejak berapa banyak kapasiti bas dan kereta api telah berubah dari segi penggunaan sebenar.

