Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tambang mula teksi ComfortDelGro naik, waktu surcaj baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang mula teksi ComfortDelGro naik, waktu surcaj baru

Dec 06, 2023 | 04:24 PM



Untuk membantu pengendali teksi membiayai kos operasi yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga bahan api, inflasi yang tinggi dan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), ComfortDelGro akan menyemak semula struktur tambang teksinya.

Perubahan itu, termasuk kenaikan tambang dan waktu surcaj baru, berkuat kuasa pada 13 Disember, 6 pagi.

Teksi sedia ada ComfortDelGro, tidak termasuk teksi limousin, akan mengalami kenaikan $0.50 dalam kadar tambang mula atau ‘flag-down fare’ bagi kebanyakan teksi serta kenaikan satu sen untuk jarak dan masa menunggu.

Kadar tambang mula teksi limousin tidak berubah sejak semakan terakhir pada 30 November, manakala kadar untuk jarak dan masa menunggu akan naik kepada $0.36 daripada $0.35.

Kos biasa perjalanan luar masa sibuk 10 kilometer dianggarkan akan meningkat 6.8% atau $0.94, daripada $13.80 kepada $14.74.

Selain itu, surcaj waktu sibuk sebelah petang akan dilanjutkan selama satu jam, kini dari 5 petang hingga 11.59 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

Surcaj waktu sibuk baru juga akan diperkenalkan pada hujung minggu dan cuti umum dari 10 pagi hingga 1.59 tengah hari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perniagaan Teksi ComfortDelGro, Encik Tommy Tan, menyatakan:

“Langkah yang diambil, dipertimbangkan dengan teliti untuk mengemas kini struktur tambang kami.

“Ini perlu bagi memastikan pemandu teksi kami menerima pendapatan yang adil dengan peningkatan kos operasi.

“Terdapat juga keperluan untuk mengkaji semula waktu sibuk sebelah petang dan memperkenalkan surcaj waktu sibuk hujung minggu bagi memastikan bekalan teksi mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang yang meningkat pada waktu sibuk.

“Kami hargai pemahaman dan sokongan penumpang kami dalam melaksanakan perubahan ini.”

ComfortDelGro juga telah menyediakan pengecualian sewa sejak April 2020 dan terus menawarkan pengecualian sewa sebanyak 10 peratus untuk menyokong pemandunya.

Syarikat itu, yang mengendalikan kira-kira 9,000 teksi di Singapura, telah berunding dengan Persatuan Teksi Nasional (NTA) sebelum melaksanakan perubahan tambang.

“Kenaikan GST yang akan berlaku menambahkan kos operasi (pemandu) kerana ia memberi kesan kepada perbelanjaan sewa, makanan dan tempat letak kereta mereka, antara lain.

“Oleh itu, kenaikan tambang yang lebih tinggi akan menghasilkan pendapatan lebih tinggi supaya pemandu teksi dapat menyara keluarga mereka dengan lebih baik,” tambah NTA yang menyokong pelarasan tambang tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >