Topik diikuti
Pergi ke BHkuTampil kerana tersentuh ramai warga emas yang sakit, berkerusi roda

Tampil kerana tersentuh ramai warga emas yang sakit, berkerusi roda
MELIHAT ramai penduduk warga emas yang sakit dan berkerusi roda di estet perumahan Marsiling amat menyentuh hati Dr Asyifah Rashid, 27 tahun, lantas tampil bagi menghulurkan bantuan.
Masa rehat ketika sibuk menyiapkan tesis bagi ijazah doktor falsafah dalam bidang kimia perubatan digunakan untuk membantu warga emas yang kurang sihat dan tinggal sendirian.
