Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tampines Mall dibuka semula selepas kebakaran

Apr 18, 2019 | 8:59 PM
KEBAKARAN DI TAMPINES MALL: Kebakaran di Tampines Mall berpunca daripada sebuah alat penggoreng yang digunakan di sebuah pesta makanan Jepun yang berlangsung di pusat beli-belah itu.
KEBAKARAN DI TAMPINES MALL: Kebakaran di Tampines Mall berpunca daripada sebuah alat penggoreng yang digunakan di sebuah pesta makanan Jepun yang berlangsung di pusat beli-belah itu. - Foto PEMBACA THE STRAITS TIMES

SEORANG lelaki dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) kerana terhidu asap menyusuli kebakaran di pusat beli-belah Tampines Mall petang tadi (18 April).

Kebakaran itu berpunca daripada sebuah alat penggoreng yang digunakan di sebuah pesta makanan Jepun yang berlangsung di pusat beli-belah itu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata orang ramai memadamkan api itu menggunakan alat pemadam api dan hos air sebelum pegawai SCDF tiba sekitar 4.35 petang.

Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai diarah keluar buat seketika namun pusat beli-belah itu dibuka semula pada 7 malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg