Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tanah untuk bina masjid dikendalikan Muis, harganya kurang mahal

Oct 5, 2022 | 5:30 AM
TANAH MASJID: Encik Shanmugam berkata pendekatan berbeza diambil dalam mengendalikan penjualan tanah bagi membina masjid. - Foto fail
TANAH MASJID: Encik Shanmugam berkata pendekatan berbeza diambil dalam mengendalikan penjualan tanah bagi membina masjid. - Foto fail -

MENTERI Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, berkata pendekatan berbeza diambil dalam mengendalikan penjualan tanah bagi membina masjid.

Menurut beliau, tanah untuk masjid dikendalikan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan harga pasarannya kurang mahal memandangkan tiada bidaan yang dibuat.

Harga pasaran itu dinilai oleh Ketua Penilaian.

"Pendekatan berbeza diambil terhadap tanah masjid. Tanah masjid dikendalikan secara langsung oleh Muis, yang menyelaras pembangunan masjid," kata Encik Shanmugam.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) semalam.

Cik Lim telah bertanya tentang bagaimana harga tanah pajak yang dikeluarkan dan diperbaharui bagi pertubuhan agama seperti kuil dan gereja.

Encik Shanmugam berkata:

"Ini dilakukan pada harga pasaran yang ditentukan oleh Ketua Penilaian. Ini biasanya bermakna tanah masjid kurang mahal, memandangkan tiada bidaan yang berlangsung."

Hasil jualan daripada tanah tempat beribadah yang dilepaskan akan disalurkan ke rizab masa lalu, memandangkan Tanah Negara merupakan sebahagian daripada rizab masa lalu.

Ini bermakna tanah tempat beribadah tidak boleh dijual oleh pemerintah bagi perbelanjaan dalam Belanjawan.

Satu laporan akhbar The Straits Times Julai lalu menyatakan bahawa dasar kiraan harga tanah bagi tempat beribadah sedang disemak semula dan pertubuhan agama ketika itu berharap mereka akan membayar harga yang kurang bagi tanah pegangan pajak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg