SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tanda Kawasan Larangan dan Tempat Larangan dikemaskini

Tanda Kawasan Larangan dan Tempat Larangan dikemaskini

Perlaksanaan sepanjang lima tahun mulai Isnin
May 14, 2023 | 3:24 PM

Tanda Kawasan Larangan dan Tempat Larangan dikemaskini

Tanda-tanda yang dikemaskini akan terus bertindak sebagai amaran bahawa paksaan mungkin digunakan terhadap mereka yang tanpa kebenaran.
Tanda-tanda yang dikemaskini akan terus bertindak sebagai amaran bahawa paksaan mungkin digunakan terhadap mereka yang tanpa kebenaran. - Foto: SPF

DESAIN bagi tanda Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (PA/PP) telah dikemaskini dan akan dilaksanakan sepanjang lima tahun akan datang bermula Isnin hingga 14 Mei 2028.

"Semasa tempoh peralihan ini, orang ramai mungkin akan melihat tanda masa kini atau yang dikemaskini di PA/PP," kata polis pada Ahad.

Kemudahan sensitif seperti kem tentera dan pusat pemeriksaan imigresen dianggap PA/PP di bawah Akta Perlindungan Prasarana (IPA).

PA/PP merupakan kemudahan yang memerlukan kemasukan, pergerakan dan tingkah laku dikawal demi keselamatan.

Desain tanda PA/PP masa kini diperkenalkan pada 1998.

Polis berkata sudah tiba masanya memberi kesegaran kepada tanda tersebut dan tanda yang dikemaskini itu akan terus bertindak sebagai amaran bahawa paksaan mungkin digunakan terhadap mereka yang tanpa kebenaran.

Di bawah IPA, pihak berkuasa PA/PP serta pengawal diberi kuasa untuk melindungi premis mereka.

Ini termasuk kuasa mengalihkan sesiapa dan hak milik, mengawal kemasukan dan pergerakan, menjalankan pemeriksaan ke atas sesiapa dan hak milik, serta memberkas dan/atau menahan sesiapa dengan paksaan, termasuk dengan penggunaan senjata sekiranya perlu.

Justeru pihak berkuasa PA/PP diperlukan untuk memaparkan tanda di perimeter PA/PP untuk menandakan sempadan, dan memberi amaran kepada orang ramai tentang kemungkinan kesan masuk tanpa kebenaran ke premis tersebut.

Mereka yang menceroboh ke PA/PP mungkin dirujuk kepada pihak polis untuk disiasat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg