Topik diikuti
Pergi ke BHkuTangs benarkan pekerja barisan hadapan pakai tudung
Presiden Halimah turut ulas isu, gesa majikan dakap kerencaman
1 of 5
Aug 21, 2020 | 5:30 AM
Tangs benarkan pekerja barisan hadapan pakai tudung
GEDUNG Tangs berkata ia akan membenarkan semua kakitangannya - termasuk mereka di barisan hadapan - untuk memakai penutup kepala berkaitan agama semasa bertugas.
Perkembangan terkini itu berikutan insiden melibatkan pegawai gedung itu baru-baru ini yang didakwa menyuruh seorang pegawai promosi sambilan membuka tudungnya kerana ia bertentangan dengan kod pakaian kerja di tempat tersebut.