Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tarif elektrik lebih rendah untuk 3 bulan sehingga Jun ini

Apr 1, 2020 | 1:30 PM
BIL ELEKTRIK LEBIH RENDAH: Keluarga yang tinggal di flat empat bilik dijangka menikmati purata bil bulanan lebih rendah sebanyak $3.89.
BIL ELEKTRIK LEBIH RENDAH: Keluarga yang tinggal di flat empat bilik dijangka menikmati purata bil bulanan lebih rendah sebanyak $3.89. - - Foto fail

PENDUDUK Singapura bakal menikmati bil elektrik lebih rendah bagi tiga bulan bermula April ini setelah SP Group mengumumkan langkah mengurangkan tarif elektrik sebanyak 5.1 peratus. Pengurangan tarif akan bermula hari ini hingga 30 Jun ini. Setiap rumah akan menikmati pengurangan tarif dari 24.24 sen kepada 23.02 sen bagi setiap kilowatt jam, kata SP Group menerusi kenyataan media semalam. Keluarga yang tinggal di flat empat bilik dijangka menikmati purata bil bulanan lebih rendah sebanyak $3.89 Langkah ini menurut syarikat penyedia khidmat bekalan elektrik itu sejajar dengan Belanjawan Daya Tahan yang dibentangkan Pemerintah baru-baru ini, bertujuan menolong perniagaan dan menangani kos. "SP Group akan memainkan peranannya dalam menangguhkan peningkatan kos rangkaiannya dalam membekalkan elektrik menerusi grid tenaga untuk setahun," katanya. SP Group menyemak tarif elektrik berdasarkan panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), pengawal perusahaan elektrik di sini. City Gas dalam pada itu berkata, tarif gas untuk isi rumah akan turun sebanyak 0.7 peratus atau 0.12 sen bagi setiap kilowatt jam antara 1 April hingga 30 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg