SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tarif elektrik naik 6.4%, tarif gas naik 1.6%

Tarif elektrik naik 6.4%, tarif gas naik 1.6%

Jun 29, 2019 | 3:26 PM

Tarif elektrik naik 6.4%, tarif gas naik 1.6%

TARIF NAIK: Kenaikan tarif elektrik bermakna bil bulanan bagi sebuah keluarga yang tinggal di flat HDB empat bilik secara purata akan meningkat sebanyak $5.20.
TARIF NAIK: Kenaikan tarif elektrik bermakna bil bulanan bagi sebuah keluarga yang tinggal di flat HDB empat bilik secara purata akan meningkat sebanyak $5.20. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

TARIF elektrik akan dinaikkan sebanyak 6.4 peratus atau 1.43 sen bagi setiap kilowatt jam (kWh) pada suku ketiga tahun ini, atau dari 1 Julai hingga 31 September, menurut SP Group hari ini (29 Jun).

Sementara itu, tarif gas juga akan dinaikkan sebanyak 1.6 peratus atau 0.30 sen bagi suku ketiga tahun ini, menurut City Gas.

Ini bermakna tarif elektrik isi rumah akan naik daripada 22.79 kepada 24.22 sen bagi setiap kWh, tanpa mengambil kira cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut SP Group, kenaikan ini disebabkan kos gas asli lebih tinggi bagi menjana elektrik.

Sementara itu, kenaikan tarif gas pula bermakna isi rumah perlu membayar 19.10 sen bagi setiap kWh, berbanding 18.80 sen sebelum ini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg