SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Keupayaan S'pura dalam teknologi strategik akan diperluas

Keupayaan S'pura dalam teknologi strategik akan diperluas

Apr 13, 2023 | 5:30 AM

Keupayaan S'pura dalam teknologi strategik akan diperluas

- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, yang juga Pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF).
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, yang juga Pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF). -

YAYASAN Penyelidikan Nasional (NRF) akan menyokong langkah transformasi ekonomi Singapura selanjutnya dengan meluaskan keupayaan Singapura dalam bidang teknologi strategik, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat dalam adendum beliau kepada ucapan Presiden Halimah Yacob pada pembukaan Parlimen pada 10 April..

Encik Heng yang juga Pengerusi NRF menambah bahawa ini akan membuka peluang-peluang baru bagi perkembangan dan menghasilkan pekerjaan baik bagi warga Singapura.

"Seperti contoh dalam bidang semi konduktor, institut penyelidikan awam dan universiti kami akan bekerjasama dengan industri menerusi makmal korporat dan projek bersama, untuk hasilkan bahan-bahan, rekaan dan teknik pengilangan baru yang boleh mendorong generasi cip masa depan yang lebih cekap dan berkuasa," katanya.

Encik Heng berkata inovasi sedemikian akan mengupayakan perluasan dalam aplikasi berbilang seperti bahan yang boleh diguna pakai, alat komunikasi, dan kenderaan serta meluaskan asas kegiatan pengilangan semikonduktor dan pekerjaan di Singapura.

Selain itu kecerdasan buatan (AI) merupakan satu lagi teknologi dengan potensi transformatif.

"Kami akan terus menarik bakat AI dan mendorong perkembangan huraian AI inovatif yang menghasilkan nilai bagi perniagaan dan masyarakat.

"Kami akan terus menyokong usaha pengubahan perniagaan di serata sektor industri dengan menghasilkan huraian baru dan yang diperbaiki yang mendukung sains serta teknologi," jelasnya lagi.

Selain itu NRF juga akan mempertingkat platform yang menyatukan Institut Pembelajaran Lebih Tinggi (IHL), institut penyelidikan awam, dan industri, agar perluasan teknologi dalam bidang seperti diagnostik perubatan dan pengilangan bahan tambahan dapat dikomersilkan secara pantas.

Encik Heng berkata NRF akan memperkukuh kedudukan Singapura sebagai antara tempat perniagaan sejagat dengan Asia bagi perniagaan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta inovasi, memanfaatkan tenaga kerja yang luas, ekosistem Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) yang bertenaga, dan hubungan kepada pasaran yang pantas membangun.

Ini akan membina pembangunan dalam Perbelanjaan Perniagaan mengenai Penyelidikan dan Pembangunan Perniagaan Singapura, yang telah meningkat daripada sekitar $1.9 bilion dalam 2000 kepada sekitar $6.6 bilion pada 2020.

Selain itu bilangan penyelidik awam awam dan industri di Singapura bertambah seganda daripada 20,000 pada 2000 kepada 46,000 pada 2020, tambahnya.

TARIK BAKAT AI

"Kami akan terus menarik bakat AI (kecerdasan buatan) dan mendorong perkembangan huraian AI inovatif yang menghasilkan nilai bagi perniagaan dan masyarakat. Kami akan terus menyokong usaha pengubahan perniagaan di serata sektor industri dengan menghasilkan huraian baru dan yang diperbaiki yang mendukung sains serta teknologi." - Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, yang juga Pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg