MUZIUM AISKRIM

Antara tarikan baru yang dibuka tahun lalu, Muzium Aiskrim memberi peluang kepada pengunjung meneroka sejarah kemanisan dan dunia warna-warni aiskrim.

SKY HELIX

Dibuka Disember tahun lalu, pengunjung boleh menaiki gondola dan menikmati pemandangan indah Sentosa dari tarikan setinggi 79 meter ini.

Akan datang!

JEWEL-RASSIC

Tarikan baru di Jewel, Lapangan Terbang Changi yang bakal membawa pengunjung 'bertemu' dinosaur dijangka dilancarkan tahun ini.

ARCA DARI AIS

Snow City di Jurong East telah memperkenalkan Galeri Hotel Ais, di mana pengunjung berpeluang melihat arca dan juga perabot yang diperbuat dari ais.

REALITI MAYA

Muzium ArtScience mengajak pengunjung teroka realiti maya melalui tarikan baru yang ditawarkan mulai tahun lalu.