Wetland by the Bay bakal mula dibina pada 2027

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wetland by the Bay bakal mula dibina pada 2027

Mar 4, 2026 | 3:34 PM

Wetland by the Bay bakal mula dibina pada 2027

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Wetlands by the Bay bakal dibuka secara berperingkat mulai akhir 2028 dan menampilkan lebih 600 pokok bakau dan pokok pantai serta kawasan bakau yang boleh dilayari dengan kayak.
Wetlands by the Bay bakal dibuka secara berperingkat mulai akhir 2028 dan menampilkan lebih 600 pokok bakau dan pokok pantai serta kawasan bakau yang boleh dilayari dengan kayak. - Foto fail

Gardens by the Bay bakal memperkenalkan satu tarikan baru – Wetlands by the Bay – iaitu tiga kali ganda saiz tarikan Kingfisher Wetlands sedia ada di taman tersebut.

Tarikan baru ini akan mula dibina pada suku pertama 2027 dan dibuka secara berperingkat mulai akhir 2028.

Ia menampilkan lebih 600 pokok bakau dan pokok pantai serta kawasan bakau yang boleh dilayari dengan kayak.

Demikian diumumkan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan semasa berucap di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Keluarga (MND) pada 4 Mac.

Wetlands by the Bay juga akan memperkenalkan ruang hijau masyarakat baharu – Glade Lawn – satu ruang untuk menganjurkan acara, aktiviti, atau sebagai tempat bagi pengunjung berehat.

Encik Tan juga turut mengumumkan pembinaan laluan pejalan kaki kanopi baru di atas tanah lembap, yang akan menghubungkan Stesen MRT Gardens by the Bay ke tarikan utama dalam Bay South Garden. Ia bakal siap pada 2028.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg