Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tarikh perbicaraan peguam dipindah selepas jatuh sakit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarikh perbicaraan peguam dipindah selepas jatuh sakit

Dec 11, 2023 | 05:43 PM



Tarikh perbicaraan peguam dan pembangkang politik, Lim Tean, yang sedang menghadapi beberapa pertuduhan, akan dipindahkan selepas dia mengalami gastroenteritis atau jangkitan usus.

Lelaki berusia 59 tahun itu, yang sepatutnya tampil di mahkamah pada 11 Disember untuk hari ketiga perbicaraannya, telah berjumpa doktor sehari sebelumnya.

Peguam Foo Ho Chew, yang membela Lim, berkata anak guamnya telah mendapat sijil sakit (MC) pada 10 Disember, memberi alasan untuk tidak hadir ke mahkamah. Perbicaraan dia kini akan disambung semula pada 27 Disember.

Lim berdepan tujuh pertuduhan kesemuanya – antaranya bagi kesalahan termasuk pecah amanah jenayah, dan bertindak sebagai peguam bela atau peguam cara tanpa sijil amalan yang sah.

Menurut akhbar The Straits Times, perbicaraan itu adalah berhubung tiga pertuduhan di bawah Akta Kerjaya Undang-undang.


Carian di laman web Kementerian Undang-undang (MOL) mendedahkan dia kini pemilik tunggal Carson Law Chambers.

Di mahkamah, peguamnya memberitahu Hakim Daerah Kanan Ong Hian Sun bahawa Lim telah menghubunginya pada 8 Disember. Lim berkata dia tidak sihat dan pada awalnya menyangka dia menghidap Covid-19.

Encik Foo berkata beliau menasihatkan anak guamnya itu untuk berjumpa doktor. Lim berjumpa doktor pada 10 Disember, dan sepatutnya menghantar sijil perubatan (MC) ke pejabat peguamnya pada hari yang sama, tetapi hanya memberikan MC tersebut di bawah pintu pejabat pada keesokan harinya.

Pihak pendakwaan tidak membantah permohonan penangguhan itu. Timbalan Pendakwa Raya Edwin Soh berkata ini adalah MC pertama Lim semasa perbicaraan.

DPP Soh memberitahu Hakim Ong bahawa pegawai penyiasat juga telah menghubungi klinik itu, yang mengesahkan ia mengeluarkan MC sejurus sebelum 11 pagi pada 10 Dis.

Lim sebelum ini memohon penangguhan pada permulaan perbicaraan pada 29 Ogos, selepas melepaskan peguam Sankar Saminathan, yang pada mulanya mewakilinya.

Dia memberitahu Hakim Ong bahawa ia adalah atas perselisihan asas tentang cara mengendalikan pembelaannya.

Lim, yang merupakan pengasas parti Peoples Voice, menuntut dibicarakan atas tiga pertuduhan di bawah Akta Kerjaya Undang-undang.

Dia dituduh bertindak sebagai peguam bela atau peguam cara beberapa kali antara April dan Jun 2021, walaupun dia tidak diberi kuasa untuk berbuat demikian.

Antara lain, dia didakwa telah menghadiri perbicaraan mahkamah pada 19 April 2021, sebagai wakil guaman Encik Xu Yuanchen – lebih dikenali sebagai Terry Xu, editor laman web sosiopolitik The Online Citizen - dalam satu kes yang melibatkan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong .

Setiap peguam cara yang ingin bertindak atas kapasiti peguam bela dan peguam cara mesti memohon sijil amalan, menurut laman web Mahkamah Singapura.

Pertuduhan lain Lim akan menyusuli kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >