Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tawar khidmat insurans untuk perlindungan ketika tunai haji, umrah

Nov 2, 2024 | 5:30 AM
Pengarah Urusan ST&T International, Dr Ammar Ayoob Angullia (depan, dua dari kanan), bersama anggota pasukannya di Makkah. Foto dirakam pada 2024.
Pengarah Urusan ST&T International, Dr Ammar Ayoob Angullia (depan, dua dari kanan), bersama anggota pasukannya di Makkah. Foto dirakam pada 2024. - Foto ST&T INTERNATIONAL PTE LTD

Semasa menunaikan ibadah haji pada 2023, seorang jemaah wanita berumur 73 tahun dimasukkan di hospital di Makkah akibat radang paru-paru (pneumonia) dan perlu menjalani pemindahan kecemasan.

Jemaah itu juga perlu dipasangkan alat pernafasan oksigen sepanjang perjalanan pulang di dalam pesawat ke Singapura.

Sebagai syarikat khidmat wakil insurans jemaah tersebut, ST&T International Pte Ltd, memastikan agar jemaah haji itu mendapat rawatan perubatan secepat mungkin semasa di Makkah dan sering memaklumkan tentang perkembangan kesihatannya kepada keluarga dan pihak agensi pelancongannya.

Jemaah itu akhirnya selamat pulang ke tanah air dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau, bagaimanapun, tidak membuat bayaran bagi sebarang kos perubatan semasa di Makkah kerana kos tersebut sudah ditanggung dalam polisi insuransnya.

Syarikat khidmat wakil insurans, ST&T International, sebahagian daripada syarikat Kumpulan Shahidah yang diasaskan Encik Ayoob Angullia, merupakan syarikat pertama dan satu-satunya syarikat yang menawarkan khidmat perlindungan insurans kepada jemaah haji di negara-negara Asia Tenggara.

Syarikat itu bekerjasama dengan United Overseas Insurance Limited (UOI) yang dilantik sebagai underwriter bagi polisi insurans buat jemaah haji selama melebihi 20 tahun.

Peranan UOI sebagai underwriter adalah untuk menilai, mengenal pasti dan mengelompokkan tingkat risiko serta memutuskan syarat ketentuan suatu polisi insurans.

Berpaksikan jemaah haji, ST&T International ditubuhkan pada 1998 dengan tujuan meringankan beban perubatan dan logistik jemaah semasa menunaikan ibadah haji.

Syarikat khidmat wakil insurans patuh syariah dan berdaftar bersama Persatuan Insurans Umum Singapura (GIA) itu sudah menawarkan bantuan perubatan kecemasan buat jemaah haji dan umrah selama lebih 20 tahun, termasuk khidmat pemindahan dan penghantaran pulang.

Pada tahun 2025 bersamaan 1446 Hijrah, ST&T International diamanahkan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Muslim Singapura (AMTAS) untuk menyediakan bantuan perubatan kecemasan buat semua jemaah haji Singapura.

“ST&T International asalnya ditubuhkan atas keperluan bagi mendapatkan rawatan yang cepat dan berkesan supaya jemaah haji boleh meluangkan lebih masa beribadah daripada membazir masa menunggu untuk mendapatkan rawatan perubatan di Makkah atau Madinah.

“Ia juga ditubuhkan dengan tujuan membantu membawa jemaah yang sakit pulang ke Singapura,” kata Pengarah Urusan ST&T International Pte Ltd, Dr Ammar Ayoob Angullia.

Memberi keutamaan kepada keperluan jemaah, syarikat itu menyediakan pakej perlindungan insurans Aman Haj, yang menawarkan penjagaan lancar tanpa tunai semasa jemaah berada di Arab Saudi, tertakluk kepada terma dan syarat.

Ini bermakna jemaah tidak perlu membayar deposit sebelum berjumpa doktor atau pakar penjagaan di hospital swasta di Arab Saudi yang bekerjasama dengan ST&T International.

Pakej perlindungan insurans itu juga meliputi penyakit sedia ada.

Menurut Dr Ammar yang juga seorang doktor perubatan, beliau mempunyai pasukan sendiri yang terdiri daripada warga Singapura dan warga setempat di Saudi Arabia.

Antara mereka ada seorang pengurus operasi yang membantu dalam penyelarasan dan penterjemahan buat jemaah yang masuk hospital di Arab Saudi dan memberi tugasan kepada ahli pasukannya. Namun, pasukan ST&T International tidak masuk campur dalam keputusan pasukan perubatan di hospital itu.

“Untuk menjaga jemaah, ia memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Oleh itu, kami boleh dianggap seperti concierge – pihak yang berkomunikasi dan berurusan bersama jemaah dan ahli keluarganya, agensi pelancongan, pakar perubatan dan syarikat penerbangan jika ada kes penghantaran pulang jemaah.

“Kami memastikan agar jemaah mudah mendapat penjagaan kesihatan tetapi pada masa yang sama, dapat menunaikan ibadah haji mereka dan sejurus kembali di Singapura, membantu jemaah dengan tuntutan insurans mereka,” kata Dr Ammar.

Misalnya, syarikat tersebut pernah mengurus seorang jemaah yang mengalami serangan jantung sewaktu wukuf di Arafah dengan menggunakan ambulans untuk menyempurnakan rukun hajinya.

Selain itu, ST&T International juga menawarkan perkhidmatan lain. Antaranya, memandangkan polisi insurans UOI menawarkan pelanjutan khas perlindungan Covid-19, syarikat itu pernah menganjurkan persidangan video buat jemaah haji yang mengalami Covid-19 untuk berbicara dengan ahli keluarga mereka di Singapura sebagai usaha untuk mengubat rindu pesakit jemaah itu kepada keluarganya.

Syarikat itu juga menawarkan perkhidmatan kepada jemaah yang menjalani ibadah umrah DIY yang bermaksud jemaah itu yang membuat tempahan penerbangan, hotel dan visa serta merancang perjalanan ibadah umrahnya sendiri.

Akhir kata, Dr Ammar menyeru jemaah agar mempunyai perlindungan insurans yang baik kerana ia memberi ketenangan jiwa semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.

Layari laman web, www.stntinternational.com, untuk maklumat lanjut tentang khidmat perlindungan insurans yang baik buat jemaah haji dan umrah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg