Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tawar pakej inklusif demi kemudahan jemaah haji

Keseluruhan pakej bertujuan menjaga kesejahteraan jemaah dan mutu perkhidmatan syarikat
Nov 2, 2024 | 5:30 AM
Jemaah Shahidah Travel and Tours mengambil peluang berdoa di Arafah dan gembira dengan perkhidmatan cemerlang kendalian syarikat tersebut. Gambar diambil pada musim haji 2023.
Jemaah Shahidah Travel and Tours mengambil peluang berdoa di Arafah dan gembira dengan perkhidmatan cemerlang kendalian syarikat tersebut. Gambar diambil pada musim haji 2023. - Foto SHAHIDAH TRAVEL AND TOURS

Panggilan menunaikan haji adalah satu seruan untuk ibadah yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam. Namun, terdapat sebahagian Muslim risau untuk melaksanakan ibadah tersebut, khususnya bagi mereka yang bakal menghadapi pengalaman kali pertama.

Bagaimanapun, semua kebimbangan ini dapat diatasi dengan pakej haji inklusif yang ditawarkan oleh Shahidah Travel and Tours.

Pakej haji tersebut bersifat menyeluruh terhadap keperluan jemaah, dengan tujuan menjaga kesejahteraan jemaah dan mutu perkhidmatan mereka, kata Pengarah Urusan Shahidah Travel and Tours, Encik Ayoob Angullia.

BERI KEISTIMEWAAN KEPADA JEMAAH

Menurut Encik Ayoob, segala keperluan jemaah disediakan mengikut kesesuaian mereka. “Contohnya, kami menyediakan beg bagi memudahkan penyusunan barang seperti pakaian, ubat-ubatan, barangan kegunaan tandas dan lain-lain.

“Beg kabin dan bagasi bersifat tahan lasak juga telah dikeluarkan oleh syarikat kami sendiri supaya ia tidak mudah rosak, sekali gus mengelakkan gangguan perjalanan haji dan persiapan mental jemaah.

“Lebih istimewa lagi, kami menempah rekaan telekung Siti Khadijah yang eksklusif yang mudah dipakai dan menutup aurat daripada kilang produk tersebut di Kuala Lumpur,” ulas Encik Ayoob.

PAKEJ TERMASUK KEPERLUAN PERIBADI

Encik Ayoob menjelaskan, setiap jemaah berpeluang mendapatkan keperluan peribadi, walaupun memilih harga pakej terendah bernilai $8,995, yang dianggap sebagai harga dimampui.

Pakej tersebut merangkumi keperluan peribadi bagi setiap jemaah lelaki seperti kemeja-T Shahidah, beg kantung, beg keperluan tandas, botol sembur khas wuduk, sepasang kain ihram, beg sandang, beg kanvas, lima plastik beg zip kedap serta buku panduan dan manasik haji.

Bagi setiap seorang jemaah wanita pula, mereka akan mendapat telekung Siti Khadijah, beg kantung, beg keperluan tandas, botol sembur khas wuduk, beg serbaguna wanita, beg kanvas, empat pek pakaian dalam pakai buang (20 helai), lima plastik beg zip kedap serta buku panduan dan manasik haji.

Setiap jemaah juga akan menerima sebuah beg kabin berukuran 50.8 sentimeter (20 inci) dan bagasi bersaiz 60.96 sentimeter (24 inci) bagi setiap seorang.

Malah, jemaah akan menaiki penerbangan menggunakan syarikat Saudi Airlines dan mereka boleh memilih sama ada ingin menaiki penerbangan kelas ekonomi atau kelas perniagaan, bergantung pada bajet masing-masing.

Hotel lima bintang terkenal, Dar Al Tawhid Intercontinental Makkah, turut dipilih sebagai tempat penginapan yang selesa. Penginapan terbaik di Shisha juga akan disediakan dengan kerjasama pihak pengurusan di sana.

BENGKEL BIMBINGAN BERASINGAN

Selain aspek keperluan fizikal, jemaah juga disediakan bengkel bimbingan sebagai salah satu persiapan penting sebelum melakukan perjalanan kerohanian terbesar umat Islam tersebut.

“Kami faham tentang kepentingan perkongsian panduan dan maklumat kepada jemaah yang bakal berangkat. Justeru, saya akan membimbing bengkel untuk lelaki, dan isteri saya, Cik Hamidah Abdul Hamid, yang juga Pengarah Urusan Shahidah Travel and Tours, akan membimbing bengkel bagi kaum wanita.

“Bengkel tersebut diadakan secara berasingan bagi menangani isu serta keperluan jemaah secara lebih efektif, khususnya bagi kaum wanita. Contohnya, panduan akan diberikan tentang kaum wanita yang perlu tidur di ruang terbuka Arafah, bagaimana proses tahlul dan sebagainya.

“Oleh itu, kaum wanita dapat mengadakan ruang perbincangan lebih terbuka mengenai cabaran yang perlu dihadapi semasa menunaikan haji tanpa kehadiran kaum lelaki,” akhiri Encik Ayoob.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Shahidah Travel and Tours dengan:

1. Menghungi talian +65 6299-2345 untuk mendapatkan khidmat haji dan umrah.

2. WhatsApp ke talian +65 9072-9982 atau e-mel kepada Instashahidah@gmail.com untuk mengemukakan sebarang pertanyaan.

3. Kunjungi pejabat syarikat di 390 Victoria Street Golden Landmark #01-26 (haji/umrah) dan #01-25 (Shahidah Holidays) Singapura 188061.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg