Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tawaran harga rendah di Audio House

May 15, 2021 | 5:30 AM
HARGA MENARIK: Audio House mengadakan jualan murah besar-besaran sempena ulang tahun mereka yang ke-32 bermula hari ini sehingga 17 Mei depan. Pelanggan boleh nikmati diskaun 5 peratus seluruh kedai termasuk 'cashback' sebanyak 32 peratus bagi setiap $100 yang dibelanjakan. - Foto AUDIO HOUSE
HARGA MENARIK: Audio House mengadakan jualan murah besar-besaran sempena ulang tahun mereka yang ke-32 bermula hari ini sehingga 17 Mei depan. Pelanggan boleh nikmati diskaun 5 peratus seluruh kedai termasuk 'cashback' sebanyak 32 peratus bagi setiap $100 yang dibelanjakan. - Foto AUDIO HOUSE -

TAWARAN harga paling murah bagi barangan elektronik di Audio House.

Bermula hari ini sehingga 17 Mei depan, Audio House mengadakan jualan murah besar-besaran sempena ulang tahun mereka yang ke-32.

Pelanggan boleh nikmati diskaun 5 peratus seluruh kedai termasuk 'cashback' sebanyak 32 peratus bagi setiap $100 yang dibelanjakan.

Terdapat diskaun sehingga 80 peratus bagi lebih 3,000 barang elektronik yang dijual di Audio House.

Antara barang elektronik yang dijual termasuk mesin pencuci baju, vakum, pemanas air dan barang peralatan kecil lain seperti penggosok baju dan periuk nasi.

"Jika anda memperolehi harga lebih murah di sebarang kedai yang bertauliah di Singapura, kami akan memadankan harga tersebut," jelas Audio House dalam satu kenyataan.

Anda juga boleh nikmati 'cashback' dalam talian sebanyak 20 peratus bagi setiap $100 yang dibelanjakan.

Tiada tarikh luput bagi 'cashback' dalam talian, justeru pelanggan boleh menggunakannya untuk terus mengurangkan sebanyak $20 bagi setiap $100 yang dibelanjakan bagi pembelian seterusnya.

Bagi memudahkan pembeli, anda boleh beli melalui platform dalam talian di Audiohouse.com.sg.

Pelanggan boleh menggunakan kod promo untuk menikmati penjualan murah dalam talian.

Audio House juga akan memastikan pengurusan jarak selamat dilaksanakan.

Bilik pameran Audio House terletak di Bangunan Audio House di 23 Ubi Road 4, di atas stesen MRT Ubi dan dibuka setiap hari dari 12.30 tengahari hingga 9 malam.

Namun Audio House menggalak pelanggan membeli secara dalam talian kerana ia menawarkan penghantaran pada hari yang sama atau selama tiga jam bagi barang-barang terpilih.

Anda juga boleh mendapatkan yang terkini daripada Telegram Audio House.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg