Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tawaran hebat RedMan sempena Hari Raya

Feb 7, 2025 | 5:30 AM
Cawangan RedMan di Parkway Parade merupakan salah sebuah cawangan yang boleh dikunjungi bagi mendapatkan diskaun 15 peratus bagi pembelian secara pukal, atau karton.
Cawangan RedMan di Parkway Parade merupakan salah sebuah cawangan yang boleh dikunjungi bagi mendapatkan diskaun 15 peratus bagi pembelian secara pukal, atau karton. - Foto PHOON HUAT PTE LTD

Bagi menyokong kreativiti dan semangat pembuat roti, kek dan kuih-muih dari rumah, RedMan oleh Phoon Huat menawarkan penjimatan bagi pembelian pukal dalam bentuk karton sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Setiap karton mengandungi jumlah bahan yang berbeza, bergantung pada jenis produk, dengan pilihan 12, 6 atau 3 kepingan dalam setiap karton, memberikan lebih fleksibiliti kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan mereka.

“Tahun ini, kami berbesar hati menawarkan penjimatan sehingga 15 peratus pada harga runcit bagi pembelian karton, memudahkan perniagaan pembuat roti dari rumah agar berkembang maju tanpa menjejaskan mutu.

“Daripada bahan-bahan premium kepada keperluan pembungkusan, kami berbangga menjadi rakan kongsi yang dipercayai kepada semua keperluan Raya anda,” kata Ketua Perniagaan Pengguna, Phoon Huat, Encik Shah Swapnil.

Berikut antara bahan yang boleh didapati di RedMan oleh Phoon Huat dengan harga jimat yang berbaloi.

Pes Nanas

Produk utama Redman oleh Phoon Huat ialah pes nanas sebagai isi kuih tart nanas Hari Raya. Ia mempunyai sijil halal dan boleh didapati dalam dua jenis:

– Premium: Lebih manis sedikit.

– AAA: Rasa sitrus sedikit.

Diperbuat daripada nanas asli dan bebas daripada pewarna tiruan atau pengawet. Satu karton mempunyai pek 10 kilogram.

Bahan-bahan yang digunakan: nanas, gula, asid sitrik, glukosa, dan garam.

Sapuan Kacang Hazel

Eksklusif di kedai-kedai Phoon Huat dan RedMan. Dari Italy, ia diperbuat daripada kacang hazel premium. Ia memberikan kebaikan semula jadi dan kaya dengan tekstur berkrim. Ia juga mempunyai sijil halal.

Sapuan kacang hazel ini tersedia dalam:

– Pek 3 kilogram untuk pembuat roti yang berniaga.

– Pek 1 kilogram untuk pembuat roti masa lapang.

Sesuai untuk paipan pada tart coklat Raya, kek cawan, atau sapukan pada wafel.

Krim Putar Tenusu

Eksklusif di kedai Phoon Huat dan RedMan, krim tenusu Ireland yang kaya ini menambah kepekatan dan kekayaan pada rasa dan tekstur. Bersijil halal, ia ideal untuk diputar, dituang dan dimasak.

Krim tenusu dengan 38 peratus lemak tenusu ini sesuai untuk dapur panas dan sejuk. Ianya menambah kepekatan dan rasa lemak dengan tekstur kepada sebarang hidangan. Kestabilan yang sangat baik apabila diputar. Ia berasal dari United Kingdom.

Mentega

– Mentega dari Eropah ini mempunyai rasa susu tulen dan sedikit masam.

– Mentega premium Redman dibuat di Denmark dan disahkan halal.

– Mentega ini mengandungi kurang lembapan dan mempunyai titik pengasapan yang lebih tinggi daripada mentega biasa.

– Cara menyimpan: di tempat yang sejuk dan kering.

– Produk ini boleh digunakan untuk memanggang, membakar, memasak atau sebagai sapuan.

– Ia sesuai untuk digunakan bagi membuat Biskut Mentega (Butter Cookies), Kek Mentega (Butter Cake) dan Kek Cawan Vanila.

Ada banyak lagi produk dan bahan-bahan di RedMan oleh Phoon Huat yang ditawarkan dengan harga menjimatkan.

RedMan oleh Phoon Huat mahu menjadi pilihan utama bagi setiap pembuat roti, kek dan kuih-muih Raya!

Sila layari https://www.redmanshop.com/home.html untuk membuat pembelian atau singgah di kedai-kedai Phoon Huat dan RedMan yang berdekatan anda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg