Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tayar kereta GetGo pancit, sila bayar $914.12

Oct 13, 2023 | 2:55 PM
NASIB TAYAR PANCIT : Tak sangka mahal sungguh nak ganti tayar kalau terlibat dalam kemalangan.
NASIB TAYAR PANCIT : Tak sangka mahal sungguh nak ganti tayar kalau terlibat dalam kemalangan. - Foto FB/GetGo Car Sharing Spottings Singapore

Nak pandu kereta sewa boleh, tapi berhati-hati jika anda terlibat dalam kemalangan, kerana harganya pasti akan membuat seseorang jadi serik.

Seorang pengguna kereta sewa GetGo baru-baru ini terperanjat bila dikenakan bil $914.42 untuk menggantikan tayar pancit.

Pada awal bulan ini, pengguna yang dikenali sebagai Dwiyana Schmollinger berkongsi di wadah Facebook GetGo Car Sharing Spottings Singapore dan menanyakan kepada netizen, anggaran harga untuk membaiki tayar pancit.

Cik Dwiyana memuat naikkan gambar tayar kereta sewanya dan mengaku telah terlanggar bendul jalan raya sehingga roda kereta yang dipandunya pancit.

Ramai pengguna GetGo yang lain menasihati Cik Schmollinger agar menghantar saja kereta sewa itu ke bengkel dan gantikan tayar sendiri, supaya tidak dikenakan caj yang tinggi, tetapi Cik Schmollinger berasa dia seharusnya berterus-terang dan enggan berbuat demikian.

“Saya fikir saya perlu jujur dan segera melaporkan kepada pemiliknya. Dengan tayar pancit itu saya tidak boleh memandu selama lima minit lagi, dan perlu memulangkannya tepat pada masanya untuk pengguna seterusnya…,” tulis Cik Schmollinger dalam ruang komen.

Namun setelah melaporkan insiden itu, beliau terkejut dengan bayaran yang dikenakan untuk membaiki tayar tersebut.

“Selepas melihat bil, saya hilang keyakinan untuk memandu, kerana kejadian yang sangat kecil seperti ini boleh menelan belanja sebanyak ini. Saya jadi trauma melihat kereta GG (GetGo) sekarang…” tambahnya lagi.

Memandangkan Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang semakin melambung naik, tidak hairanlah jika ramai yang memilih kereta sewa pandu sendiri.

GetGo adalah sebuah khidmat sewa kereta-pandu sendiri dengan lebih 3,000 kereta sewa yang ditempatkan di 1,800 kawasan estet perumahan dan dikendalikan melalui aplikasi telefon bimbit. Pemandu hanya perlu membuat tempahan melalui aplikasi dan bayar mengikut kegunaan.

Dalam jawapan kepada Stomp, jurucakap GetGo berkata: “Kami ingin menjelaskan bahawa kos pembaikan yang berkaitan dengan insiden ini melebihi hanya tayar pancit.

“Kami sentiasa berusaha untuk membantu pengguna kami mendapatkan kadar yang adil dan berpatutan, dan kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi untuk mengurus dan meminimumkan kos pembaikan.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg