Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Team Nila sumbang lebih 1 juta jam bantu masyarakat dan sukan

Mar 5, 2022 | 3:58 PM
(tengah) Encik Edwin Tong memotong kek sambut ulang tahun Team Nila yang ketujuh. Turut bersamanya, ialah (dari kiri) Encik David Lawe, penerima Anugerah Emas Team Nila; Encik Eric Chua, Setiausaha Parlimen Kebudayaan, Masyarakat dan Belia; Cik Angela Sim, penerima Anugerah Emas Team Nila dan Encik Lim Teck Yin, CEO, SportSG.
(tengah) Encik Edwin Tong memotong kek sambut ulang tahun Team Nila yang ketujuh. Turut bersamanya, ialah (dari kiri) Encik David Lawe, penerima Anugerah Emas Team Nila; Encik Eric Chua, Setiausaha Parlimen Kebudayaan, Masyarakat dan Belia; Cik Angela Sim, penerima Anugerah Emas Team Nila dan Encik Lim Teck Yin, CEO, SportSG. -

Pasukan sukarelawan Sukan Singapura, Team Nila, telah menyumbang sebanyak 1.05 juta jam dalam kegiatan sukarela di akhir tahun lalu, menurut kenyataannya pada Sabtu (5 Mac).

Ini selepas peluang menyumbang tenaga diluaskan untuk menjangkau aktiviti sukan, terutama bagi dua tahun lalu semasa pandemik apabila kegiatan sukan dibataskan.

Bagi mengiktiraf sumbangan para sukarelawan, lebih 100 anugerah emas dan perak disampaikan kepada mereka yang masing-masing menyumbang lebih 360 jam dan 180 jam secara sukarela dalam satu majlis ulang tahun Team Nila ketujuh, pada Sabtu (5 Mac).

Antara mereka ialah 29 penerima Anugerah Emas, pertambahan lima kali ganda berbanding lima penerima tahun lalu.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong yang menyampaikan anugerah dalam majlis itu berkata, usaha sukarelawan Team Nila menunjukkan bagaimana sukan boleh menjadi kuasa positif dan membolehkan sebuah negara menjadi sihat, gembira dan tahan lasak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg