Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tekad berubah demi famili, jaga kakak

Jul 14, 2021 | 5:30 AM
BERTEKAD UNTUK BERUBAH: Siti yang telah menjalani pemulihan di DRC pada 2019, kini bertekad untuk berubah demi keluarganya dan menjaga kakaknya agar tidak pulang ke tabiat dadahnya dahulu. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR
BERTEKAD UNTUK BERUBAH: Siti yang telah menjalani pemulihan di DRC pada 2019, kini bertekad untuk berubah demi keluarganya dan menjaga kakaknya agar tidak pulang ke tabiat dadahnya dahulu. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -

BELIAU terpengaruh mengambil dadah pada usia 18 tahun oleh kakaknya yang berusia 10 tahun lebih tua daripadanya.

Enam tahun kemudian, Siti (bukan nama sebenar) yang kini berusia 24 tahun sudah banyak berubah demi menyokongi ibu, nenek dan anak kakaknya itu, sebagai seorang pekerja dalam bidang logistik.

Anak bongsu keluarga tiga beradik itu, yang ayahnya ditimpa kemalangan buruk semasa beliau menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) pada 2019, merupakan seorang penerima bantuan daripada Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) - salah satu rakan kerjasama Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (CARE).

Antara lain, sesi kaunseling dan bantuan kewangan daripada Fitrah telah membantu pencari nafkah utama keluarganya itu, kerana ayahnya sudah tidak berupaya bergerak dan bekerja akibat kemalangan itu.

Siti kini bertekad untuk berubah demi keluarganya dan untuk menjaga kakaknya agar tidak pulang ke tabiat buruknya dahulu.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg